Sabtu, 13 Februari 2010


Kelas yang ceria dapat memberi keselesaan kepada pelajar semasa aktiviti P&P dijalankan. Kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan alat bantuan mengajar dapat menarik minat murid belajar dan juga dapat mengekalkan ingatan murid kepada pelajaran yang telah dipejari.
Meja adalah komponen penting dalam aktiviti membaca dan menulis. Kelas Pemulihan Khas SK Cenderawasih menyediakan meja bersegi yang diperolehi dari Kelas Pra Sekolah yang diubahsuai kakinya. Kerusi tidak diperlukan . Murid-murid hanya perlu duduk bersila di atas lantai untuk mengurangkan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran.

PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan , persediaan kemudahan P&P hendaklah disediakan terlebih dahulu supaya aktiviti P&P dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Banyak perkara perlu disediakan terutama persekitaran , perancangan yang teliti dan sentiasa membuat semakan untuk mendapatkan impak yang berkesan.

Murid-murid yang mmengikuti kelas Pemulihan Khas ini biasanya terpinggir di dalam kelas arus perdana. Ada juga dari kalangan mereka mempunyai masalah keluarga , persekitaran rumah atau sosial yang tidak sesuai disamping mempunyai kelemahan-kelemahan di dalam diri mereka.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cenderawasih tidak terlepas dengan masalah ini walaupun kedudukan sekolah berada di dalam bandar. Oleh itu berbagai inisiatif yang dibuat untuk menarik minat murid yang lemah rajin datang ke sekolah dan belajar seperti biasa tanpa rasa terpinggir oleh kelemahan dan kekurangan dalam sosioekonomi mereka.