Khamis, 1 April 2010

AKTIVITI LINUS DALAM PEMULIHAN KHAS

Program Literasi








Murid bermain kad huruf










Murid menunjukkan huruf yang disebut










Guru memberi panduan membentuk huruf











Membentuk huruf sendiri












Membaca dengan kaedah biasa dan nyanyian melalui tayangan slide.







Program Numerasi








Menyusun nombor mengikut urutan








Murid menunjukkan nombor yang
disebut oleh guru










Murid mengira bilangan objek











Murid menunujukkan susunan nombor mengikut urutan











Murid menulis nombor mengikut bilangan












Nyanyian dan cerita bilangan nombor






Murid menulis nombor berdasarkan titik-titik sebagai panduan

PROGRAM LINUS DALAM PEMULIHAN KHAS

Program LINUS dalam Pemulihan Khas telah dilaksanakan bermula 22 Mac 2010 seperti dalam perancangan yang telah ditetapkan pada setiap tahun. Program khas untuk Tahun Satu ini adalah aktiviti sampingan Pemulihan Khas bagi membantu murid-murid yang masih tidak dapat mengenal huruf abjad a hingga z. Sebelum tahun 2010 program ini dirancang sebagai program sampingan KIA2M. Program ini dijalankan hanya untuk kemahiran membaca dan menulis.

Pada tahun 2010 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah mengarahkan supaya program ini dijadikan sebagai Program LINUS di dalam Pemulihan Khas. Program ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Bahagain Pendidikan Guru. Oleh itu waktu program ini telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Pemulihan Khas.

Pada awal program ini , beberapa aktiviti telah dirancang mengikut kebolehan murid. Diantaranya :

Asas Bahasa Malaysia

1. mencantumkan titik-titik mengikut alunan garisan yang ada kaitan dengan abjad.

2. membentuk abjad daripada mudah kepada sukar.

contoh : huruf o, c, e, a,

3. memperkenalkan suku kata kv bersama huruf-huruf abjad yang lain.

Rabu, 3 Mac 2010

UJIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS


Murid-murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas akan diberikan ujian khas setiap 3 bulan . Ujian -ujian ini diberikan untuk menilai penguasaan kemahiran asas setelah mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

Bulan Mac - Ujian IAP2M (Instrumen Aras Penguasaan 2 M (menulis dan membaca)
- Ujian asas Matematik (asas tambah & tolak )
- Ujian KIA2M/LINUS
(laporan dianogsis untuk sekolah)

Bulan Jun
- Ujian IPP2M (Instrumen PenilaianPenguasaan 2M (menulis dan membaca)
- Ujian Matematik
(Laporan ujian di hantar ke Jabatan Pelajaran dan Pelepasan murid)

Bulan September - Ujian seperi bulan Mac

Bulan November - Ujian seperti bulan Jun

Skor markah

45 hingga 65 - Telah menguasai kemahiran asas

11 hingga 44 - Belum menguasai kemahiran asas

0 hingga 9 - Pemeriksaan Doktor Pakar untuk mendapatkan pengesahan murid lambat pembelajaran dan menerima pendidikan di dalam Kelas Pendidikan Khas.

PEMILIHAN MURID MENGIKUTI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pemilihan murid berdasarkan kepada beberapa kateria yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Unit Pendidikan Khas. Murid-murid ini biasanya diambil dari kalangan murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang mempunyai masalah tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


Bagi murid-murid Tahun Dua , pemilihan berdasarkan ujian KIA2M yang diuji untuk murid Tahun Satu pada akhir tahun. Murid-murid yang gagal dalam ujian KIA2M ini secara automatik adalah calon murid Pemulihan Khas di Tahun Dua .


Murid Tahun Dua yang mengikuti Kelas Pemulihan Khas diberi ujian IPP2M sebagai ujian saringan untuk pelepasan dari mengikuti Program Pemulihan Khas. Sekiranya gagal ujian ini murid tersebut mestilah mengikuti Program Pemulihan Khas di Tahun Tiga.
Murid-murid yang gagal dalam peperiksaan PKSR (Bahasa Melayu dan Matematik) adalah juga dicalonkan murid Pemulihan Khas.

Sabtu, 13 Februari 2010


Kelas yang ceria dapat memberi keselesaan kepada pelajar semasa aktiviti P&P dijalankan. Kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan alat bantuan mengajar dapat menarik minat murid belajar dan juga dapat mengekalkan ingatan murid kepada pelajaran yang telah dipejari.
Meja adalah komponen penting dalam aktiviti membaca dan menulis. Kelas Pemulihan Khas SK Cenderawasih menyediakan meja bersegi yang diperolehi dari Kelas Pra Sekolah yang diubahsuai kakinya. Kerusi tidak diperlukan . Murid-murid hanya perlu duduk bersila di atas lantai untuk mengurangkan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran.

PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan , persediaan kemudahan P&P hendaklah disediakan terlebih dahulu supaya aktiviti P&P dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Banyak perkara perlu disediakan terutama persekitaran , perancangan yang teliti dan sentiasa membuat semakan untuk mendapatkan impak yang berkesan.

Murid-murid yang mmengikuti kelas Pemulihan Khas ini biasanya terpinggir di dalam kelas arus perdana. Ada juga dari kalangan mereka mempunyai masalah keluarga , persekitaran rumah atau sosial yang tidak sesuai disamping mempunyai kelemahan-kelemahan di dalam diri mereka.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cenderawasih tidak terlepas dengan masalah ini walaupun kedudukan sekolah berada di dalam bandar. Oleh itu berbagai inisiatif yang dibuat untuk menarik minat murid yang lemah rajin datang ke sekolah dan belajar seperti biasa tanpa rasa terpinggir oleh kelemahan dan kekurangan dalam sosioekonomi mereka.