Rabu, 3 Mac 2010

UJIAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS


Murid-murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas akan diberikan ujian khas setiap 3 bulan . Ujian -ujian ini diberikan untuk menilai penguasaan kemahiran asas setelah mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

Bulan Mac - Ujian IAP2M (Instrumen Aras Penguasaan 2 M (menulis dan membaca)
- Ujian asas Matematik (asas tambah & tolak )
- Ujian KIA2M/LINUS
(laporan dianogsis untuk sekolah)

Bulan Jun
- Ujian IPP2M (Instrumen PenilaianPenguasaan 2M (menulis dan membaca)
- Ujian Matematik
(Laporan ujian di hantar ke Jabatan Pelajaran dan Pelepasan murid)

Bulan September - Ujian seperi bulan Mac

Bulan November - Ujian seperti bulan Jun

Skor markah

45 hingga 65 - Telah menguasai kemahiran asas

11 hingga 44 - Belum menguasai kemahiran asas

0 hingga 9 - Pemeriksaan Doktor Pakar untuk mendapatkan pengesahan murid lambat pembelajaran dan menerima pendidikan di dalam Kelas Pendidikan Khas.

PEMILIHAN MURID MENGIKUTI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pemilihan murid berdasarkan kepada beberapa kateria yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Unit Pendidikan Khas. Murid-murid ini biasanya diambil dari kalangan murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang mempunyai masalah tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


Bagi murid-murid Tahun Dua , pemilihan berdasarkan ujian KIA2M yang diuji untuk murid Tahun Satu pada akhir tahun. Murid-murid yang gagal dalam ujian KIA2M ini secara automatik adalah calon murid Pemulihan Khas di Tahun Dua .


Murid Tahun Dua yang mengikuti Kelas Pemulihan Khas diberi ujian IPP2M sebagai ujian saringan untuk pelepasan dari mengikuti Program Pemulihan Khas. Sekiranya gagal ujian ini murid tersebut mestilah mengikuti Program Pemulihan Khas di Tahun Tiga.
Murid-murid yang gagal dalam peperiksaan PKSR (Bahasa Melayu dan Matematik) adalah juga dicalonkan murid Pemulihan Khas.

Sabtu, 13 Februari 2010


Kelas yang ceria dapat memberi keselesaan kepada pelajar semasa aktiviti P&P dijalankan. Kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan alat bantuan mengajar dapat menarik minat murid belajar dan juga dapat mengekalkan ingatan murid kepada pelajaran yang telah dipejari.
Meja adalah komponen penting dalam aktiviti membaca dan menulis. Kelas Pemulihan Khas SK Cenderawasih menyediakan meja bersegi yang diperolehi dari Kelas Pra Sekolah yang diubahsuai kakinya. Kerusi tidak diperlukan . Murid-murid hanya perlu duduk bersila di atas lantai untuk mengurangkan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran.

PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan , persediaan kemudahan P&P hendaklah disediakan terlebih dahulu supaya aktiviti P&P dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Banyak perkara perlu disediakan terutama persekitaran , perancangan yang teliti dan sentiasa membuat semakan untuk mendapatkan impak yang berkesan.

Murid-murid yang mmengikuti kelas Pemulihan Khas ini biasanya terpinggir di dalam kelas arus perdana. Ada juga dari kalangan mereka mempunyai masalah keluarga , persekitaran rumah atau sosial yang tidak sesuai disamping mempunyai kelemahan-kelemahan di dalam diri mereka.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cenderawasih tidak terlepas dengan masalah ini walaupun kedudukan sekolah berada di dalam bandar. Oleh itu berbagai inisiatif yang dibuat untuk menarik minat murid yang lemah rajin datang ke sekolah dan belajar seperti biasa tanpa rasa terpinggir oleh kelemahan dan kekurangan dalam sosioekonomi mereka.

Khamis, 9 Julai 2009

AKTIVITI-AKTIVITI SAMPINGAN YANG DIJALANKAN


Pelbagai aktiviti sampingan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang masih tercicir dalam penguasaan 2M (membaca dan menulis). Diantaranya ialah membantu guru Tahun Satu dalam Program Celik Huruf. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Isnin selama 1 jam. Murid-murid yang terpilih sahaja mengikuti program ini. Program ini dijalankan dengan menggunakan alat bantuan ICT supaya dapat menarik minat dan memberi kesan kepada murid yang mengikuti program ini.

Aktiviti yang dijalankan dalam Program Celik Huruf ini mengandungi tiga unsur penting dalam pengajaran Bahasa Malaysia iaitu mendengar , menyebut dan menulis. Pada peringkat awal biasanya menulis meniru contoh yang diberikan. Sambil menulis murid menyebut huruf yang ditulis.

Selasa, 16 Jun 2009

KELENGKAPAN DI DALAM KELAS PEMULIHAN





Fail kemajuan murid







Fail-fail yang mengandungi maklumat
data dan pengurusan kelas dan murid.














Salah satu bahan bacaan asas bersiri










kad-kad suku kata











Gambar atau carta sebagai rangsangan menulis