SEJARAH KELAS PEMULIHAN KHAS
Kelas Pemulihan Khas diadakan sejak Sekolah Kebangsaan Cenderawasih ditubuhkan. Kelas ini dijalankan tidak secara formal .
Apabila Kelas Pemulihan Khas ini dibangkitkan semula oleh Kementerian Pelajaran pada Tahun 1995 , Kelas ini dijalankan mengikut pekeliling dengan mewujudkan kumpulan murid yang lemah 3M (menulis, membaca dan mengira). Kumpulan murid ini diajar oleh guru yang dilantik oleh pihak sekolah dari kalangan guru-guru SK Cenderawasih mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada masa itu kelas Pemulihan Khas tidak tetap. Ia sentiasa bergerak mengikut kekosongan kelas.
Pada tahun 2001 kelas Pemulihan Khas ini mempunyai kelas selebar satu bay bersebelahan Bilik Pusat Sumber. Masalah sentiasa berpindah kelas dan tidak dapat menjalankan aktiviti P & P dapat di atasi. Disamping membaca dan menulis , murid-murid ini dapat menjalankan aktiviti sampingan yang dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka.
Memandangkan kesedaran peningkatan kemajuan murid yang lemah ini, kelas Pemulihan Khas dinaikkan taraf dari kelas satu bay kepada tiga bay (seluas kelas biasa) pada tahun 2002. Kelas ini dilengkapi dengan alat bantuan mengajar menggunakan peruntukan kewangan Panitia Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan adanya alat bantuan mengajar ini , murid yang lemah dapat belajar dengan lebih berkesan dan dapat mendatangkan minat ingin belajar.
Pada tahun 2004 Jabatan Pelajaran Pahang telah menghantar satu set peralatan lengkap pengajaran menggunakan media elektronik seperti LCD, komputer riba dan alat cetak berwarna. Kemudahan yang diberikan ini membuktikan bahawa Kelas Pemulihan Khas amat penting untuk meningkatkan prestasi murid yang lemah dalam pembelajaran. Alat bantuan mengajar elektronik dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selasa, 16 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan