Selasa, 6 Julai 2010

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN PENJAGA BERSAMA GURU PEMULIHAN KHAS ANJURAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

Pada 24 April 2010 Sekolah Kebangsaan Cenderawasih mengadakan Program Permuafakatan antara ibu bapa dan penjaga bersama Guru Pemulihan Khas. Program ini anjuran Bahagian Pendidikan Khas SK Cenderawasih.
Perjumpaan ini bertujuan membantu ibu bapa dan penjaga murid - murid yang terlibat dengan Pemulihan Khas supaya mengambil peranan dalam membantu pembelajaran anak-anak mereka. Disamping itu dapat memberi kesedaran kepada ibu,bapa danpenjaga tentang masalah keciciran anak-anak dalam pembelajaran.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu,bapa dan penjaga bahawa kelemahan anak-anak bukanlah semata-mata kerana lambat pembelajaran tetapi faktor kelemahan pembelajaran dan dapat diserapkan ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas untuk menerima pembelajaran yang sesuai dengan tahap kemahiran murid.
Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada ibu,bapa dan penjaga serta memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk menaikkan tahap pembelajaran anak-anak di sekolah. Ibu, bapa dan penjaga diharapkan memberi perhatian kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan