Jumaat, 15 Julai 2011
Selasa, 21 Jun 2011
PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS
Sabtu, 21 Mei 2011
Selasa, 6 Julai 2010
AKTIVITI PROGRAM PERMUAFAKATAN ANTARA IBU,BAPA DAN PENJAGA DENGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS
Pendaftaran ibu,bapa dan penjaga
Ucapan alu-aluan oleh Pn Salmah bt Razali
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Ceramah mengenai tanggungjawab ibu,bapa dan penjaga yang mempunyai anak bermasalah dalam pembelajaran . Ceramah disampaikan oleh En Kamarul Aslah , Penyelaras Kelas Integrasi Pendidikan Khas Sk Cenderawasih.
Sebahagian ibu, bapa dan penjaga yang hadir mengikuti Program Pemuafakatan
Ceramah mengenai persediaan menghadapi anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran oleh Pn Hjh Sapura bt Ihsan , guru Pemulihan Khas SK cenderawasih.
Seorang bapa mengemukakan beberapa permasalahan dalam proses pembelajaran murid sewaktu sesi terbuka untuk perbincangan.
Walaupun sedang menikmati jamuan , ibubapa mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai maslah anak dalam pembelajaran.
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN PENJAGA BERSAMA GURU PEMULIHAN KHAS ANJURAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Pada 24 April 2010 Sekolah Kebangsaan Cenderawasih mengadakan Program Permuafakatan antara ibu bapa dan penjaga bersama Guru Pemulihan Khas. Program ini anjuran Bahagian Pendidikan Khas SK Cenderawasih.
Perjumpaan ini bertujuan membantu ibu bapa dan penjaga murid - murid yang terlibat dengan Pemulihan Khas supaya mengambil peranan dalam membantu pembelajaran anak-anak mereka. Disamping itu dapat memberi kesedaran kepada ibu,bapa danpenjaga tentang masalah keciciran anak-anak dalam pembelajaran.
Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu,bapa dan penjaga bahawa kelemahan anak-anak bukanlah semata-mata kerana lambat pembelajaran tetapi faktor kelemahan pembelajaran dan dapat diserapkan ke Kelas Integrasi Pendidikan Khas untuk menerima pembelajaran yang sesuai dengan tahap kemahiran murid.
Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada ibu,bapa dan penjaga serta memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk menaikkan tahap pembelajaran anak-anak di sekolah. Ibu, bapa dan penjaga diharapkan memberi perhatian kepada perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Langgan:
Catatan (Atom)