Sabtu, 13 Februari 2010


Kelas yang ceria dapat memberi keselesaan kepada pelajar semasa aktiviti P&P dijalankan. Kelas yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan alat bantuan mengajar dapat menarik minat murid belajar dan juga dapat mengekalkan ingatan murid kepada pelajaran yang telah dipejari.
Meja adalah komponen penting dalam aktiviti membaca dan menulis. Kelas Pemulihan Khas SK Cenderawasih menyediakan meja bersegi yang diperolehi dari Kelas Pra Sekolah yang diubahsuai kakinya. Kerusi tidak diperlukan . Murid-murid hanya perlu duduk bersila di atas lantai untuk mengurangkan banyak pergerakan yang boleh mengganggu tumpuan pembelajaran.

PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan , persediaan kemudahan P&P hendaklah disediakan terlebih dahulu supaya aktiviti P&P dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Banyak perkara perlu disediakan terutama persekitaran , perancangan yang teliti dan sentiasa membuat semakan untuk mendapatkan impak yang berkesan.

Murid-murid yang mmengikuti kelas Pemulihan Khas ini biasanya terpinggir di dalam kelas arus perdana. Ada juga dari kalangan mereka mempunyai masalah keluarga , persekitaran rumah atau sosial yang tidak sesuai disamping mempunyai kelemahan-kelemahan di dalam diri mereka.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Cenderawasih tidak terlepas dengan masalah ini walaupun kedudukan sekolah berada di dalam bandar. Oleh itu berbagai inisiatif yang dibuat untuk menarik minat murid yang lemah rajin datang ke sekolah dan belajar seperti biasa tanpa rasa terpinggir oleh kelemahan dan kekurangan dalam sosioekonomi mereka.

Khamis, 9 Julai 2009

AKTIVITI-AKTIVITI SAMPINGAN YANG DIJALANKAN


Pelbagai aktiviti sampingan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang masih tercicir dalam penguasaan 2M (membaca dan menulis). Diantaranya ialah membantu guru Tahun Satu dalam Program Celik Huruf. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Isnin selama 1 jam. Murid-murid yang terpilih sahaja mengikuti program ini. Program ini dijalankan dengan menggunakan alat bantuan ICT supaya dapat menarik minat dan memberi kesan kepada murid yang mengikuti program ini.

Aktiviti yang dijalankan dalam Program Celik Huruf ini mengandungi tiga unsur penting dalam pengajaran Bahasa Malaysia iaitu mendengar , menyebut dan menulis. Pada peringkat awal biasanya menulis meniru contoh yang diberikan. Sambil menulis murid menyebut huruf yang ditulis.

Selasa, 16 Jun 2009

KELENGKAPAN DI DALAM KELAS PEMULIHAN





Fail kemajuan murid







Fail-fail yang mengandungi maklumat
data dan pengurusan kelas dan murid.














Salah satu bahan bacaan asas bersiri










kad-kad suku kata











Gambar atau carta sebagai rangsangan menulis

PEMULIHAN KHAS SKC

SEJARAH KELAS PEMULIHAN KHAS

Kelas Pemulihan Khas diadakan sejak Sekolah Kebangsaan Cenderawasih ditubuhkan. Kelas ini dijalankan tidak secara formal .

Apabila Kelas Pemulihan Khas ini dibangkitkan semula oleh Kementerian Pelajaran pada Tahun 1995 , Kelas ini dijalankan mengikut pekeliling dengan mewujudkan kumpulan murid yang lemah 3M (menulis, membaca dan mengira). Kumpulan murid ini diajar oleh guru yang dilantik oleh pihak sekolah dari kalangan guru-guru SK Cenderawasih mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada masa itu kelas Pemulihan Khas tidak tetap. Ia sentiasa bergerak mengikut kekosongan kelas.

Pada tahun 2001 kelas Pemulihan Khas ini mempunyai kelas selebar satu bay bersebelahan Bilik Pusat Sumber. Masalah sentiasa berpindah kelas dan tidak dapat menjalankan aktiviti P & P dapat di atasi. Disamping membaca dan menulis , murid-murid ini dapat menjalankan aktiviti sampingan yang dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka.

Memandangkan kesedaran peningkatan kemajuan murid yang lemah ini, kelas Pemulihan Khas dinaikkan taraf dari kelas satu bay kepada tiga bay (seluas kelas biasa) pada tahun 2002. Kelas ini dilengkapi dengan alat bantuan mengajar menggunakan peruntukan kewangan Panitia Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan adanya alat bantuan mengajar ini , murid yang lemah dapat belajar dengan lebih berkesan dan dapat mendatangkan minat ingin belajar.

Pada tahun 2004 Jabatan Pelajaran Pahang telah menghantar satu set peralatan lengkap pengajaran menggunakan media elektronik seperti LCD, komputer riba dan alat cetak berwarna. Kemudahan yang diberikan ini membuktikan bahawa Kelas Pemulihan Khas amat penting untuk meningkatkan prestasi murid yang lemah dalam pembelajaran. Alat bantuan mengajar elektronik dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.