




Sebahagian ibu, bapa dan penjaga yang hadir mengikuti Program Pemuafakatan
Ceramah mengenai persediaan menghadapi anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran oleh Pn Hjh Sapura bt Ihsan , guru Pemulihan Khas SK cenderawasih.





Menyusun nombor mengikut urutan



Pada tahun 2010 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah mengarahkan supaya program ini dijadikan sebagai Program LINUS di dalam Pemulihan Khas. Program ini dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Bahagain Pendidikan Guru. Oleh itu waktu program ini telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Pemulihan Khas.
Pada awal program ini , beberapa aktiviti telah dirancang mengikut kebolehan murid. Diantaranya :
Asas Bahasa Malaysia
1. mencantumkan titik-titik mengikut alunan garisan yang ada kaitan dengan abjad.
2. membentuk abjad daripada mudah kepada sukar.
contoh : huruf o, c, e, a,
3. memperkenalkan suku kata kv bersama huruf-huruf abjad yang lain.